Tuesday, October 8, 2013

eBook Salahlaku Dalam Sembahyang

Ramai dari kalangan kita mendirikan sembahyang tidak mengikut cara Rasulullah saw, walhal baginda sudah berpesan yang maksudnya, sembahyanglah sebagaimana engkau melihatku sembahyang. Bagaimanakah caranya Rasulullah saw sembahyang, sedangkan kita tidak pernah berjumpa dengan baginda?
Cara Rasulullah saw sembahyang digambarkan dengan hadis-haids, misalnya, dari Salim ra, dari bapanya, katanya,
‘Aku melihat Rasulullah saw ketika beliau memulai sembahyang, diangkatnya kedua tangannya hingga setentang dengan kedua bahunya.’ (Terjemahan Hadis Shahih Muslim: 342)

Hadis ini menggambarkan caranya Rasulullah saw mengangkat tangan ketika takbiratul-ihram. Inilah antara caranya yang disebut di atas tadi, sembahyanglah sebagaimana engkau melihatku sembahyang itu.
RM20 Hubungi 013-3377242
Banyak lagi hadis-hadis yang berkaitan dengan prosedur mendirikan sembahyang, yang menggambarkan bagaimana Nabi saw mendirikannya; hadis-hadis di atas ini tadi adalah antaranya. Persoalannya ialah apakah kita mengamalkan kaedah yang baginda lakukan setiap kali mendirikan sembahyang; jika tidak, kaedah manakah yang kita ikuti? 
eBook ini dipadankan dengan kitab Sabilal-muhtadin, terbitan tahun-tahun 1780an. Kitab ini saya pilih sebagai rujukan kerana pendekatan penulisannya: penjelasan tentang hukum-hakamnya disertakan pula dengan tujuannya - bukan setakat hukum tinggal hukum untuk panduan mendirikan sembahyang sahaja. Misalnya, hukum lafaz takbir intiqalat itu disebutkan bukan setakat hukumnya sunat, malah disebut tujuannya iaitu supaya tidak sunyi satu suku dari sembahyangnya, yang bermaksud supaya jangan ada antara waktu-waktu dalam sembahyang kita itu sunyi tanpa membaca sesuatu, kerana itu disunatkan melafazkan allahu akbar.
Penjelasan tentang pergerakan-pergerakan dalam sembahyang juga cukup jelas, sehingga dilihat ianya sebagai prosedur bagaimana melakukannya; misalnya bagi lafaz takbir intiqalat itu tadi, caranya ialah Dan sunat memulai takbir intiqal itu pada permulaan tunduknya kepada rukuk atau sujud atau permulaan bangkitnya daripada tasyhud awal; ini dilihat sebagai prosedur melafazkan allahu akbar itu tadi; satu contoh lagi ialah bagi sujud, dijelaskan sembilan syarat sah sujud – syarat ini juga dilihat sebagai prosedur.