Contoh salah laku

  1. Dalam kitab Sabilul-muhtadin tersebut satu hukum, ‘Makruh bagi yang sembahyang itu bahawa menilik ia ke langit, kerana sabda Nabi saw bersabda yang ertinya, ‘Apahal segala kaum yang mengangkatkan mereka itu akan penglihatan mata mereka itu ke langit di dalam sembahyang’, yang bermaksud jangan memandang ke atas.
  2. Kitab Sabilul-muhtadin menyebut Syeikh Ibnu Hajjar mengiktimad bahawa berdehem boleh membatalkan sembahyang, kecuali berdehem yang membetulkan suara untuk bacaan yang wajib, ‘Demikian lagi tiada batal sembahyang dengan berdehem yang nyata dengandia yang tersebut itu kerana kesukaran membaca bacaan yang wajib seperti fatihah dan barang sebagainya daripada segala rukun qauli, dengan tiada berdehem-dehem’. Dengan kata lain, batal sembahyang kita jika berdehem yang membetulkan suara untuk membaca bacaan yang sunat, disebut dalam kitab, ‘dan tiada dimaafkan berdehem-dehem kerana kesukaran membaca bacaan yang sunat atau kerana kesukaran menyaringkan bacaan’Dalam kitab yang sama menyebut, hukum ini dikecualikan kepada orang awam yang jahil, iaitu yang baru masuk Islam, dan orang yang kena bala yang sentiasa batuk yang tidak boleh ditahan-tahan; serta imam kerana bacaannya, walaupun yang sunat, harus diperdengarkan kepada makmumnya.
  3. Bersugi bertujuan untuk membersihkan mulut supaya tidak menimbulkan bau, kerana bau mulut boleh menjadi gangguan kepada ahli jemaah yang lain. Membuat gangguan bau juga hukumnya haram, kerana itulah dilarang pergi ke masjid atas sebab, 'Kerana Malaikat merasa terganggu dengan sesuatu yang dapat mengganggu manusia’ (Hadis Muslim)
  4. Abu Mas’ud al-Ansari ra pernah meriwayatkan tentang seorang lelaki yang datang kepada Rasulullah saw, lalu berkata, ‘Aku sengaja lambat datang sembahyang Subuh, kerana si Pulan suka memanjangkan sembahyang ketika mengimami kami’. Kata Mas’ud lagi, belum pernah ku lihat Nabi saw marah ketika memberikan pengajian seperti beliau marah ketika itu, yang bersabda, 'Hai manusia! Antara kamu sekalian ada yang bertindak menjadi imam menyebabkan orang benci kepada agama ini; kerana itu siapa sahaja antara kamu yang menjadi imam, hendaklah dia memendekkan bacaan sembahyang, kerana di belakangnya ada orang tua, ada orang yang lemah, dan ada pula yang sedang mempunyai keperluan.’ (Terjemahan Hadis Shahih Muslim: 421)

No comments: